Quantcast
Channel: Mia DuniaKu
Viewing all 159 articles
Browse latest View live

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

$
0
0


Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat.
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan.


Jom dapatkannya sekarang...

Official Website : www.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.

 

Review Bersama Blog HT

$
0
0


http://herba-tihara.blogspot.com/2013/11/review-bersama-blog-ht.html

 Blog HT,,, Blog milik Ct Tiha.. jom joint..

 

1ST GIVEWAY by IEDA

$
0
0


http://notaonlinesimamaqayyum.blogspot.com/2013/11/1st-giveaway-by-eyda.html

join klik banner
till 21 Disember 2013

 

Ubat Muntah Muntah

$
0
0


Hai..selamat petang... lemau rasa hari ini... pusing pusing...muntah muntah ??..siapa yang muntah muntah itu ??.. haip jangan silap tekaan yaa... walau mama yang lemau....Mia yang muntah muntah tuu...

Pagi tadi sekitar pukul 2 pagi..tiba tiba Mia terjaga dari lena..menangis... mama gerak hubby suruh tengokkan sebab kepala mama sakit...tak sangka... sekali Mia... blueeeeeekkkk... bukan sekali..malah berkali kali... habis kena selimutnya...setelah bersihkan Mia... bawa masuk bilik semula... ingatkan dah habis... lagi sekali...bluuueekkkk... kali ini habis kena cadar pula....

Makanya..kami tidurlah 2 beranak depan tv.. bangun pagi tadi pun..mia masih muntah...ketika entry ini ditaip...Mia masih belum menjamah makanan.. sebab..apa yang dimakan ..akan dimuntahkan semula..waima air sekali pun...Tapi,..Alhamdulillah...Mia dah mula nak bermain..tunggu kejap lagi..dah boleh bagi makan sikit sikit..huhu..

petua orang lama, atasi muntah /loya, anakku, mia, kesihatan, tali kasut, kasut pink,


Teringat mama petua orang lama..kalau muntah tak berhenti... ambil tali kasut ikat dileher... dan kalau nak lebih mujarab...ambil tali kasut yang paling tuannya sayang...makin marah tuan tali kasut tuuu...makin cepat muntah muntah tu lega...hihihihi... caya tak ??... Memang mama pernah tengok sendiri orang yang amalkan petua ini....dan sambung my hubby...nak lebih berkesan....siap letak kulit kerang buat loket rantai tali kasut tuuu...hahahahah....dengar macam lawak...tapi memang ada yang amalkan..dan sesetengahnya memang mujarab...!!

ehe..itu sajalah nak kongsi hari ini... doakan my doter tak muntah muntah lagi yaa... nak try bagi dia makan jab...bye... mama blogwalking nanti tau..tata..



 

Mia Window Shopping Beg & Alat Tulis...

$
0
0


*ini cerita..sebelum Mia demam.. terima kasih pada semua yang sudi doakan kesihatan Mia-moga Mia cepat kebah demamnya *

Hari ini nak kongsi cerita Mia pergi window shopping...tak lama lagi dah nak pergi tadika...kan...memang semua yang pertama untuk Mia..menjadi keterujaan mama...ialah...9 tahun beb tunggu nak dapat anak... dah dapat anak,...melalui semua fasa pembesaran anak depan mata... sudah tentu semuanya indah pada mama dan papanya...

Ke mana tumpah kuah laksa, kalau tak ke laksa,,ia tak ?... huhu... Mama memang gemar window shopping... tak beli tak apa..janji puas tengok tengok je..ahak..menurun pula pada anak daranya...



Inilah permata hati yang ditunggu selama 9 tahun itu... takkala teman teman persekolahan mama dah hantar anak mereka ke sekolah menengah...mama baru nak hantar anak ke tadika... Bukan menyalah kan takdir yang tersurat...tapi mama bersyukur... Allah tetap kurniakan anak untuk kami suami isteri walaupun penantian itu satu perjalanan hidup yang sukar... Allah menduga kami...Alhamdulillah...usaha kami berjaya... puas dapat tengok anak sendiri tersenyum begitu... huhuhu...

Waktu ini tengah window shopping untuk alat tulis...pensel warna, bekas pensel... wow !!..semuanya cantik kiut belaka...sudah pasti yang warna pink menarik perhatian...belek belek bandingkan harga dulu,...tak boleh beli sekarang... tunggu bulan depan...nanti tak bau kedai pula....hahah..





 Bawa pula pergi window shopping beg sekolah,..'teacher' dekat tadika tu cakap,...jangan beli beg kecil,..nanti tak muat nak bawa buku... katanya,...sehari,..sekurang kurangnya...15 buah buku kena bawa ...alahai bunyi..cam banyak je,...cam berat je... hihihi... sebenarnya... buku kerja dan buku tulis yang nipis sahaja... mama tak ambil lagi dari tadika...tunggu bulan depan juga...dengan  uniform tadika...

Tengoklah gelagat Mia memilih beg...janji ada warna pink...keliru nak pilih gambar 'hello kitty' atau 'princess'.. haha..tunggulah nanti masa nak beli...kita lihat apa pilihan terakhir Mia..

Melihat Mia bersungguh memilih beg,..mama rasa nak menitik air mata tau...tak sangka..dapat juga mama rasa perasaan nak hantar anak pergi sekolah walau nak ke tadika dulu...sebenarnya...Sesiapa yang merasa pengalaman betapa sukar nak dapat anak... pasti akan rasa seperti mama... sangat menyentuh rasa... bertuahlah pada mereka yang memang mudah dapat anak tau !!

hahaha..jadi entry luah perasaan lak kali ini..huhu..biarlah..nanti tak lama lagi ... Biar Mia baca mendalamnya perasaan mama terhadapnya... walau mama tegas dengan Mia..tapi..mama mana yang tak sayang anak...!! sekian


 

Jom Speed Test Blog

$
0
0


Hai.. hari ini.. mood masih belum stabil... biasalah..mama kan..bila mia mood demam...mood mama pun merundum..huhu..mia masih batuk...badan masih dedar (kata hubby).. first time guna dedar...selalu mama sebut bahasa gerik,..'sueng'... maknanya masih belum kebah sepenuhnya..

Mukadimah saja...jom kita test kelajuan blog kita jom...ahak..cam nak ajak berlumba pula yaa... ialah kelajuan 'loading' sesebuah blog kan penting...idok ler kekawang nak buke blog jenuh dok canguk tunggu...letih wey...

Klik link ini.. SPEED...nanti akan keluar gambar ini,..

blog, blog SEO, Website Speed Test, bagaimana nak SEO kan blog, oh! My English,

Masukkan nama blog...dan tunggu keputusannya...keputusan akan keluar secara detail...jadi kita boleh semak semua...kenal pasti apa yang berat nanang dalam blog kite tuu...lepas tuu..boleh le kite buat apa yang patut kan...

Ok..selamat berblog kekawang semue... hahaha..kenang zigzang dalam Oh! My Ganu .. semalam...hihihi..siapa ada tengok..?? channel 610..peminat Oh! My English.. pasti tengok kan... mama pun tumpang tengok sebab Mia suka tengok Oh! My English tuu...

bye

 

simple giveaway by Love Cathy Doll

$
0
0



http://zuramira-sigadisungu.blogspot.com/2013/11/simple-giveaway-by-love-cathy-doll.html


Due 30 Nov 2013
tertarik sungguh tengok banner gambar hello kitty...

 

Simple GA - 3D Puzzle

$
0
0


http://marqiscareno.blogspot.com/2013/11/simple-ga-klcc-3d-puzzle.html

Lawa pula tengok puzzle kat dalam gambar a.k.a banner GA di atas ni... Kalau tanya anak dara mama...sure dia suka 'dua yang cantik cantik' tuu...hihihi KLCC... ehem... moga bertuahlah mama dalam GA Bro Careno kali ini..

Nak joint sama klik banner di atas yew..


 

Cool Fever Homemade

$
0
0


Mia,cool fever,cool fever homemade, kesihatan, cara redakan demam,demam,bila anak demam,
icon comel dari chat on...

Hai,,..salam Jumaat... laa dah Jumaat ??..rasanya baru je Jumaat kan... huhu...Mia..dah beransur kebah demamnya..tapi masih batuk dan berhingus... moga cepat sihat lah..kesian dia...tidur sering terganggu dek batuk ...Tapi..kan,.. memang kalau lepas demam...anak makin cerdik laaa...hahahah...fakta itu bukan nak minta anak demam selalu....bukan...agaknya kebetulan...ialah... seiring usianya...makin cerdiklah kan...

Apa yang cerdik tu..petah sangat...kalau cakap...dah ada ayat atau perkataan baru...dan semenjak Mia demam ini...dia dah tak minum air sejuk...asyik minta air suam saja... nak cepat sihat katanya...hihi...ialah kan sebab tak mau makan ubat...Mia memang takut ubat...dah tu bagaimana mama meredakan panas badannya ??...

Caranya...kerap mandi..kalau mama tak mandikan...Mia sendiri pergi mandi...dan asyik berkawan dengan cool fever homemade itu !!..hahaha...cool fever homemade tau !!..sebab Mia tak mau dahinya ditampal cool fever yang beli...geli katanya !!

Mia,cool fever,cool fever homemade, kesihatan, cara redakan demam,demam,bila anak demam,

Inilah rupanya cool fever homemade itu....berbunjut gitu... apa isinya ?? kain lampin...basahkan..balut plastik..letak dalam peti sejuk...biarkan seberapa lama..keluarkan..dan bungkus dengan kain...sejukkkkk..jer tahan lama...dan selamat..kalau dulu mama letak air..bagi beku...tapi selalu pecah sebab ais cair...habisss basah tilam....huhuhu..

Ehe..senangkan homemade punya... selalu kalau Mia baring...letak dibelang dan satu letak di kepalanya...dan Mia suka peluk....huhuh...jimat belanja beli cool fever... cubalah...setakat ini sangat berkesan....

Doakan Mia cepat sihat...kalau tak..tak dapatlah jumpa atoknya di KL ,Ahad, nanti...mama kalau Mia tak sihat...tak akan bawa keluar jalan jauh... huhu...

*teringat time dulu dulu... kalau demam..tidur bawah cerek..gantung cerek kat alang...dalam cerek letak air..kemudian letak kain dalam cerek dan biarkan hujung kain menjulur keluar dari cerek...air akan menitik tik tap tik tap...kena kepala kita yang tidur bawah cerek tuu.... huhu...cara mudah tak payah laa susah susah jerlum kepala... **



 

Mini GA KakNi Edisi Tupperware

$
0
0


http://goncar.blogspot.com/2013/11/mini-ga-kakni-sihat-cantik-edisi.html

 joint klik banner...
due 6/12/2013


 

Cendol Durian Borhan Yang Terigau Igau

$
0
0


Tetiba tekak terasa nak makan cendol ...haaha..trick time hubby cuti kan... bukan apa... dulu masa ke Pangkor..ikut jalan Kuala Selangor...hubby cakap nak singgah makan cendol kat area Tanjung Karang... popular katanya... 'Cendol Durian Borhan '... Jenuh laa mama dok tengok mana kelibat kedai tersebut... ada di tepi jalan saja...kata hubby mama tuuu... huhu...

Tapi sayangnya... bila dah sampai... hari dah beransur malam...dah terlajak sebenarnya...paksa hubby buat u turn... semangat laa nak cuba try test.... huhuhu...tak ada rezeki...sebab kedai dah tutup katanya... dah habis sambung pekerja di situ...hampa betul tau !!.. mengubat kehampaan... ambil gambar banner kedai sajalah....

cendol,cendol durian borhan,cendol durian yang sedap, isteri manja, permintaan isteri, sedapnya, komen suami,

 Ni..masih menuntut janji..tau..jangan buat buat lupa yaa... hihih...(terima kasih sebab suka baca blog Izan..yer Bang...)... kan dah kena !!!..kikiki...

cendol,cendol durian borhan,cendol durian yang sedap, isteri manja, permintaan isteri, sedapnya, komen suami,
gambar kredit
..Wah..sedapnyer cendol durian... jom laa kita try...hihih..3 mangkuk untuk 3 beranak... hihih... Jom jom...boleh la boleh...

Sesiapa yang pernah try...bagaimana?.. sedap kan..ala katalah sedap... tolong mama tengah melobi ni..hihihi...

Sekian..entry kenyit kenyit mata...selamat berhujung minggu semua...


 

23th Birthday Giveaway by MisEyz Blurz

$
0
0


http://miseyz.blogspot.com/2013/11/23th-birthday-giveaway-by-miseyz-blurz.html

due 10 /12/2013
joint klik banner


 

Segmen Aku Blogger Malaysia

$
0
0


http://botak-gambus.blogspot.com/2013/11/segmen-aku-blogger-malaysia.html


due 9 Disember 2013


 

Menu Makan Tengah Hari Yang Sedap

$
0
0


makan,makan sedap, masakan Gerik, masakan kampung yang sedap, makan tengahari, sambal belacan,


ummmpphh..sedapnya... selera betulll !!

*ayam masak merah *daging masak hitam * jelatah * kari terung campur ikan masin *ikan pekasam *ikan goreng *ulam -petai-kacang botol-daun salad *sambal belacan

cerita penuh next entry.... makan tengah hari yang paling sedap...fulamak,,, sedak sungguh laaa... masakan kampung  air tangan my makchik (mertua) dan my SIL... air tangan orang Gerik + Kl... very very the best !!

 

My Mertua

$
0
0




Hari Ahad yang lepas... bawa Mia pergi KL.. bertunang sepupunya...yakni anak pada kakak myhubby...Dalam hati masih ada rasa risau..sebab Mia masih belum sembuh dari batuk...tapi sebab nak jumpa apak mertua... yang datang jauh dari kampung... pergi jugalah...nasib baik sepanjang majlis...Mia ok sahaja... good girl...

Cantik barang hantaran serba merah gitu..menyerlah sekali...tahniah pada Lina...moga sampai ke jingjang pelamin nanti...


Inilah my apak mertua dan makchik... setelah ayahda mama pergi buat selamanya...hanya apak, ..ayahda yang mama ada..sayangggg my apak mertua tau !!!..hihi..yang tudung biru tuu..makchik..mertua mama walau mak tiri tapi dah macam mak sendiri...sangat pandai masak tauu..
ish apa motif letak gambar menantu bongsu sekali tuu..hahah..saja..nak nyelit juga ngan my mertua..hihi



Dan..inilah menu makan tengah hari di hari pertunangan tersebut...semua dimasak oleh my makchik dan kakak ipar mama tuu...banyak sekali lauk pauknya...tapi yang penting sangat sedap...semuanya....kan dah kata,..my machik tuu memang terer bab masak...hihihi... untung menantu dia !! kikiki...paling super duper sedap..sambal belacan itulah....mama siap tapau bawa balik...hahahah..bukan selalu dapat makan masakan makchik tau...ada yang tanya...jelatah tu apa ??.. jelatah tu acar timun campur nanas...dan istimewa lagi ada ikan pekasam yang dibuat sendiri olah makchik..hihihi...ada juga makchik tapaukan untuk mama yang belum digoreng...terima kasih....


Dan..itu sajalah nak cerita pasal cerita hari Ahad lepas...cerita anak saudara bertunang,..cerita jumpa apak mertua...kaum keluarga mertua.... serta enaknya masakan kenduri...yang dimasak oleh makchik dan my SIL...sekian


 

GA 2013 By PermataBiru

$
0
0


http://permatabiru0310.blogspot.com/2013/12/ga-2013-by-permatabiru.html#comment-form


Jom joint GA ini... Katanya sempena akhir tahun 2013..dan sebelum tuan punya blog ini bersalin...bersalin anak yang kedua...moga dipermudahkan proses kelahiranya..amin !!

Mama tag semua yang baca entry ini..cepat sebelum ditutup esok 4/12/2013 jam 12 tgh hari...jom lah kita bagi sokongan pada blogger Permata Biru ini...


 

Teka Apa Ada Dalam Beg

$
0
0


Dah kepenghujung tahun sudah...2014 dah menggamit gamit...kenangan 2013 bakal ditinggalkan....sebelum ditinggalkan begitu saja... jom laa teka apa ada dalam beg plastik hijau ini...



Klunya... tak ada kena mengena dengan butik seperti yang dicetak di beg plastik tersebut....Tekalah seberapa banyak yang termampu tapi dalam komen yang berasingan...


 Mestilah ada ole ole untuk yang meneka dengan tepat... silalah teka...sedikit klu lagi...nak angkat beg ini..agak berat...hihi..tapi terangkat jugalah dek Mia tuu...

UPDATE
dah tak boleh teka sebab dah ada yang berjaya teka dengan tepat sekali.. !!


 

Pizza by MamaMia

$
0
0



Walau hasil tak semegah..tetap nak tayang juga..hihih..pizza by mamamia...
Sebenarnya...hajat nak buat pau...dah uli tepung..gula pula tak ada nak buat inti walau dah ada kelapa parut... pergi giant... tengok pizza...teringin nak makan pizza...hubby cadang try buat sendiri...walau pizza hut bukan jauh pun...simpang depan itu saja.... tapi...kalau buat sendiri...lagi berkat..kann..



Dengan adunan pau...dah jadi pizza ...walau tak ada cheesee...buat dengan apa bahan yang ada dalam peti sejuk...sos dan mayonis homemade punya... janji ada juga rupa pizza...kan mamamia... layanzzz...sedap tau...ini hasil kerjasama masak bersama suami isteri di hari cuti...makan malam yang mengenyangkan..



*teka apa dlm beg itu...masih boleh teka sebab setakat ini..tak ada sesiapa pun jawab hampir betul...sikit klu...'cer tengok entry lepas'...

sekian

UPDATE
teka apa dalam beg ditutup...sebab dah ada yg jawab dengan betul sekali... !!

 

Kasut Free Dari Zalora

$
0
0


Shopping Online memang mudah..semuanya dihujung jejari nan runcing..hahah..janji dalam akaun ada RM..mesti sampai barang yang dipesan..siap hantar depan pagar...kan...

Kisahnya...pihak Zalora meninggalkan komen pada salah satu entry di Blog MiaduniaKu... menyatakan untuk bekerjasama dengan mama... mama pun baca sambil tersenyum terus hantar email...setelah sedikit persetujuan...mama pun menerbitkan entry yang hanya memerlukan mama letak satu link Zalora... selepas itu,..pihak zalora membalas email dengan memberi kod baucer RM50...

Sebagai penghargaan pada myhubby yang menjadi pendorong mama dalam berblog...baucer RM50 itu mama pilih kasut untuknya... selang 2 hari...kasut sampai...tapi malangnya..kasut yang mama pesan saiz 42..tak muat...hihih.. mama pun isi borang pemulangan semula yang sedia dibekalkan Zalora untuk menukar saiz kasut...

 Pihak Zalora sangat baik hati..menelefon mama untuk berbincang pasal pemulangan kasut itu...hendak tukar kasut atau nak baucer baru untuk barang lain...mama pilih kasut juga...dan disebabkan saiz kasut tersebut telah kehabisan...mama dicadangkan dengan kasut lain yang ada saiz yang mama minta..saiz 45.. Alhamdulillah... walau harga kasut yang dicadangkan itu..agak bertambah harganya...pihak zalora sudi menaggung kosnya serta kos pos...

Terima kasih Zalora...memang mama berhajat nak shopping lagi di zalora..guna CIMB cliks memang mudah...Tapi yang pasti..my hubby sangat puas hati dapat kasut free... hari itu sampai..hari itu juga dah bawa berjalan ke Giant Bukit Tinggi...hihi..

Siapa kata servis zalora tak bagus.... ok apa....

kasut catwalk, my hubby, shopping online, zalora malaysia,



 

Jawapan - 'Apa Dalam Beg'

$
0
0


Teka apa dalam beg plastik hijau ini dah ada peneka tepat tau..wah...tak bagi banyak klu pun dia masih boleh teka... cuma tengok entry yang terdahulu saja kan...


teka gambar, rakan blogger, rakan blog, makan sedap, makan tengahari, gambar makanan, aiskrim,

Banyak jawapan yang diberikan...nanti kalau free boleh lah baca.. klik
SINI. 
 Dan jawapannya adalah... makanan yang ditapau dari majlis kenduri pertunangan  hihihi... banyak tau yang di tapau .. tengok sajalah atas meja ini...hihi...entry nya di SINI .

teka gambar, rakan blogger, rakan blog, makan sedap, makan tengahari, gambar makanan, aiskrim,

 Sekian,... Tahniah pada rakan blog mama yang sebaya usia..ehe... 'mama aryan'...dan terima kasih pada semua yang sudi meneka... lain tahun mama buat lagi teka teka...

Untuk semua....Nah aiskrim..walau musim hujan...aiskrim sedap juga makan...hihihi...hari ni..sang suria bersinar terang..moga kering semua kain diampaian...dan memberi sinar pada semua mangsa banjir..moga mereka semua selamat...


teka gambar, rakan blogger, rakan blog, makan sedap, makan tengahari, gambar makanan, aiskrim,



 
Viewing all 159 articles
Browse latest View live